Objektif

Objektif utama Draftermal Association adalah untuk mengumpulkan pelukis-pelukis pelan dalam satu persatuan yang sah dalam Malaysia.

Sebagai pertubuhan pelukis-pelukis pelan di Malaysia, Draftermal akan membela dan bersatu menaikkan taraf kerjaya sebagai pelukis pelan ke arah pemantapan ilmu berkaitan lukisan pelan dan penggunaan perisian terkini dan sejajar dengan matlamat Malaysia menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Di samping itu, Draftermal Association bertujuan menjalinkan hubungan antara satu sama lain selain menjadi satu hub bagi mengatasi masalah-masalah seperti lukisan teknikal, AutoCAD dan tips-tips yang berguna/bermanfaat berkaitan dengan kerjaya pelukis pelan.

Ahli-ahli juga akan mendapat informasi berkenaan peluang pekerjaan dari sesama ahli serta peluang-peluang latihan menerusi kerjasama antara Draftermal Association dan pusat-pusat latihan bertauliah di Malaysia.

 

DA LOGO