Category Archives: Uncategorized

Perutusan Presiden Draftermal Association 2016-2018

Assalamualaikum wbt.

Tahun 2016 telah pun berlalu. Rasanya masih belum terlewat untuk menitipkan sedikit kata-kata, rangkuman aktiviti berkaitan persatuan sepanjang tahun 2016 serta halatuju persatuan bagi tahun 2017.

Tahun 2016 telah mencoretkan berbagai perkara penting. Pemilihan Jawatankuasa bagi penggal kedua telah dijalankan ketika Mesyuarat Agung kali ke-2 berlangsung. Saya telah dipilih dan dilantik untuk menyandang kerusi Presiden. Walaupun pada awalnya ingin menolak untuk dicalonkan, tetapi atas niat dan matlamat untuk membangunkan dan merancakkan suasana aktiviti berkaitan kerjaya sebagai Pelukis Pelan & Teknikal, saya mengambilnya sebagai satu tanggungjawab walaupun akan berdepan dengan komitmen yang tinggi dan jadual yang agak padat.

Di awal pembentukan Ahli Jawatankuasa, persatuan dilihat kurang agresif dalam merencana aktiviti dan hal-hal berkaitan. Ini adalah disebabkan komitmen AJK yang sibuk dengan kerjaya masing-masing yang perlu diberi tumpuan utama menyebabkan urusan-urusan persatuan tergendala. Walau bagaimanapun, dalam sesibuk mana sekalipun,  persatuan berjaya juga menganjurkan beberapa program dan aktiviti. Salah satu hala tuju utama Persatuan adalah memberi tumpuan terhadap pembangunan kemahiran dalam menggunakan perisian drafting & CAD yang terkini. Dengan itu, Persatuan telah berjaya mengadakan satu kursus latihan berkaitan perisian iaitu Autodesk REVIT yang mana ianya adalah program latihan pertama yang dianjurkan sendiri oleh persatuan semenjak Draftermal ditubuhkan. Walaupun sambutan agak kurang memberangsangkan, namun ia adalah langkah pertama ke arah perjalanan & kemajuan persatuan pada masa hadapan.

 

Aktiviti-aktiviti yang lain adalah seperti Pertandingan Bowling Piala Pusingan yang telah dijalankan bertujuan mengeratkan perhubungan sesama ahli. Tetapi banyak aktiviti luar yang telah dirancang tidak dapat diadakan disebabkan kekangan masa dan komitmen lain.

 

Perancangan 2017

Persatuan telah merangka beberapa program untuk tahun 2017 dengan memberi fokus kepada :

  • Program pembangunan kemahiran
  • Pembangunan plug-in DA-CAD
  • Hub drafting centre
  • Kerjasama dengan agensi latihan berkaitan kerajaan
  • Aktiviti-aktiviti riadah.

 

Program pembangunan kemahiran

Latihan ini memberi peluang kepada ahli dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian sediada seperti AutoCAD, Revit dan juga perisian lain yang terkini. Kemahiran ini menjadi pemangkin  untuk ahli dalam membina kerjaya supaya lebih utuh. Sedikit sebanyak dengan adanya program tersebut, ianya dapat menambah kewangan persatuan bagi menampung kos operasi dan kos-kos yang berkaitan.

 

Pembangunan plug-in DA-CAD

DA-CAD telah lama dibangunkan untuk kegunaan ahli yang menggunakan perisian AutoCAD. Tools ini hanya boleh digunakan untuk ahli yang berdaftar dan aktif sahaja. Tools ini dibangunkan oleh DA Developer Team yang diterajui oleh saudara Sufian dan dibantu oleh beberapa orang ahli yang mahir & komited. Kerja-kerja drafting akan menjadi lebih efisien dengan penggunaan tools ini. Dari pemerhatian yang dibuat, ada sebahagian ahli yang masih tidak sedar akan kewujudan tools ini. Persatuan amat menggalakkan kemudahan ini diguna pakai oleh ahli. Penerangan berkaitan tools ini boleh didapati di laman web rasmi draftermal.net dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

Hub Drafting Centre

Ahli-ahli Draftermal terdiri dari pelbagai disiplin kerja. Satu hub merangkumi semua disiplin akan diwujudkan untuk kemudahan ahli bagi mendapatkan segala macam maklumat berkaitan lukisan teknikal. Maklumat ini lebih tertumpu kepada lukisan-lukisan yang ada dalam industri dalam negara sahaja.

 

Kerjasama Latihan Dengan Institusi Pendidikan

Persatuan juga akan bekerjasama dengan Institusi Pendidikan dalam berkongsi kemahiran berkaitan industri. Perbincangan peringkat awal telah dibuat dengan wakil Insitusi dari Akademi Binaan Malaysia. Satu kertas kerja akan dibuat bagi merealisasikan program tersebut. Ini adalah sumbangan Draftermal terhadap komuniti bagi merancakkan industri lukisan teknikal di Malaysia.

 

Aktiviti Riadah

Persatuan akan meneruskan aktiviti-aktiviti riadah bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Pertandingan Bowling Piala Pusingan Draftermal akan menjadi aktiviti wajib setiap tahun.

 

Lain-lain

Berkaitan kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja, media social seperti facebook, laman web dan lain-lain tidak dapat dikemaskini dengan kerap. Oleh itu, masalah ini akan cuba diatasi dengan lebih cekap pada tahun 2017.

Akhir kata, semoga Draftermal Association akan terus maju jaya & menjadi kebanggaan kita semua.

Terima kasih.

Nizam Bin Bahari
Presiden
Draftermal Association 2016-2018

SEPATAH DUA KATA DARI PRESIDEN

Siapalah DrafterMal tanpa ahli.. Kerana Drafter adalah Draftermal dan Draftermal adalah Drafter.

AsSalamualaikum WBT.

Kita telah bergabung di dalam Draftermal dan kita telah pun berjaya mempunyai sebuah persatuan yang kuat dalam konteks ‘era permulaan’. Jika di bandingkan dengan group group lain yang berlegar tanpa sebuah organisasi tersusun seperti Draftermal, sudah tentu anda berasa bangga kerana kita jauh kehadapan.
Namun demikian persatuan yang menaungi kita ini perlu di anjak kehadapan dan meniti kejayaan kejayaan lain selain kejayaan sediada seperti ;-

– Pembangunan DA-CAD
– Aktiviti Social sukan dan reakreasi
– Kemunculan kita di BinaTEC
– Usahasama peningkatan kemahiran
BIM, Solidworks dan Tekla.

Idea-idea baru di perlukan dari Anda semua, dan satu-satunya platform yg suara anda akan ‘di dengari dan cadangan anda di catatkan’ adalah semasa Perjumpaan Ahli Berdaftar terbesar atau juga di kenali dengan AGM (Anual General Meeting / Masuarat Agung Tahunan)
Di mana semua Ahli mempunyai hak-hak untuk bercakap bagi kepentingan persatuan dan semua ahli-ahli persatuan.

Tambah menarik dan menghangatkan AGM yang akan datang ini adalah kerana kita mempunyai Election iatu Pemilihan jawatankuasa baru, bermula dari Presiden dan semua jawatankuasa serta mereka juga boleh di pilih semula. Sebagai sebuah persatuan, kita tertakluk kepada demokrasi dan kita meraikan hak semua ahli.

Oleh yang demikian Saya mahu semua ahli datang menghadiri masuarat tersebut serta menyertai perbincangan secara aktif.

Details tarikh, lokasi dan masa akan di umumkan dalam jangkamasa seminggu ini.

Wassalam

Ahmad Firdaus Bin Buyong
Presiden
Draftermal Association 2014-2016

DA LOGO