About Us

Draftermal Association (No. Pendaftaran ROS : PPM-140-10-25022014) adalah satu-satunya Pertubuhan Pelukis Pelan yang disahkan & diktiraf oleh Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (http://www.ros.gov.my/) yg di ketahui wujud setakat ini.

Ditubuhkan secara rasmi pada 25 Februari 2014 dengan ahli awal seramai 7 orang. Draftermal Association adalah sebuah pertubuhan NGO dan sehingga kini (update 2017) telah mempunyai ahli berdaftar yang sah seramai 130 orang. Matlamat utama adalah untuk mengumpul dan menyatukan individu-individu yang berjawatan sebagai pelukis plan dan pelukis teknikal atau sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang lukisan teknikal dari serata Malaysia di bawah naungan satu persatuan yang sah. Selain itu persatuan ini adalah sebagai wadah dalam mengangkat kerjaya drafter sebagai satu kerjaya semi-professional.

Ahli-ahli Draftermal Association terdiri dari pelbagai disiplin kerjaya seperti Civil & Structural Drafter, Mechanical & Electrical Drafter, Electrical Drafter, Manufacturing Drafter, REVIT Modeller, BIM Technician (to name a few) malah terdapat juga sebilangan kecil mereka yang berkerjaya sebagai Arkitek menjadi ahli, selagi disiplin kerjanya adalah melukis secara teknikal secara manual menggunakan pen teknikal, pensel, atau menggunakan teknologi moden contohnya perisian AutoCAD, Autodesk REVIT, Autodesk Inventor, Sketchup, TEKLA dan banyak lagi.

Melalui Draftermal Association, ahli-ahlinya saling berkongsi dan bertukar maklumat berkaitan disiplin di dalam bidang lukisan teknikal serta menjadi tempat rujukan dan perbincangan untuk permasalahan berkaitan perisian AutoCAD dan juga REVIT serta perisian lain yang digunapakai dalam kerja seharian.

Diharap Draftermal Association akan diangkat dan diiktiraf setaraf persatuan teknikal lain dan menjadi satu hub untuk pelukis pelan dan pelukis teknikal di Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

#DraftermalAssociation
#DariGarisanMenjadiWarisan

DA LOGO