Daily Archives: March 20, 2017

Annual General Meeting 2017

Attachment :
DA-AGM3-17 – Notis Mesyuarat Agung Draftermal Association kali ketiga
Jawapan Kehadiran – AGM-3 2017

Kepada :

Semua ahli ,

DRAFTERMAL ASSOCIATION,

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DRAFTERMAL ASSOCIATION KALI KE-3 (PENGGAL KEDUA 2016-2018)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Draftermal Association kali ke-3 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 23 APRIL 2017 (AHAD)

Masa    : 12pm – 6pm

Tempat : INTERNATIONAL YOUTH CENTER MALAYSIA

                 No.1, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras,  56000 Kuala Lumpur

                (GPS Coordinate : 3.097277, 101.722371)

  1. Agenda utama mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara berikut :- Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Draftermal Association kali ke-2 penggal pertama (2014-2016)
    – Membentang dan mengesahkankan laporan aktiviti Draftermal Association bagi tahun 2016
    – Membentang dan mengesahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2016
    – Membentang dan membincangkan usul dan cadangan
    – Meminda Perlembagaan bagi Draftermal Association
    – Hal-hal yang berkaitan
    – Ucapan penangguhan dan penutup
  1. Sehubungan itu,tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Sila lengkapkan Surat Jawapan Kehadiran berserta usul atau cadangan dan emelkan kepada SETIAUSAHA DRAFTERMAL ASSOCIATION di alamat emel draftermal.association@gmail.com ataupun boleh juga hantarkan di Telegram DA Members – Official selewat-lewatnya sebelum 14 APRIL 2017 untuk tempahan makanan dan buku minit mesyuarat.

 

  1. Kerjasama serta keprihatinan tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut adalah amat dihargai demi pemuafakatan dan kelangsungan halatuju Draftermal Association.

 

“BERSEPAKAT DAN BEKERJASAMA MEMBAWA BERKAT”

 

Saya yang menjalankan tugas,

 

……………………………………

ABD JALIL BIN ABD WAHAB

Setiausaha

DRAFTERMAL ASSOCIATION 2016-2018