Annual General Meeting 2016

MEMO JEMPUTAN – EGM

Our Ref. : DA/EGM/2016
Wednesday, 3 February, 2016

Kepada:
Semua Ahli DRAFTERMAL ASSOCIATION,

Melalui:
Pengerusi,
DRAFTERMAL ASSOCIATION,
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN AJK TERTINGGI
DRAFTERMAL ASSOCIATION YANG BARU BAGI BATCH KE-2 (2016-2018)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak DRAFTERMAL ASSOCIATION menjemput YB Dato’/ Datin / Tuan/ Puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 MAC 2016 (Sabtu)
Masa : 2.00pm – 6.00pm
Tempat : HOTEL CASABELLA, Jalan Kolam Air, Sentul
(GPS Coordinate: 3.17449,101.69)

3. Cadangan agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara berikut:
i. Membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2015
ii. Membentangkan laporan kewangan sepanjang tahun 2015
iii. Membentangkan usul dan cadangan
iv. Pemilihan AJK baru bagi Batch ke-2 (2016-2018)
v. Sesi penyerahan Sijil & Trofi Penghargaan kepada AJK Batch 1

4. Kehadiran akan dicatat sebagai memenuhi perlembagaan persatuan dan kad keahlian akan diserahkan semasa proses pendaftaran kehadiran. Pembaharuan keahlian dan pendaftaran bagi ahli baru juga akan dilakukan semasa pendaftaran kehadiran.

5. Jika tuan/puan mempunyai sebarang usul atau cadangan, sila emel kepada : SETIAUSAHA DRAFTERMAL ASSOCIATION di alamat emel draftermal.association@gmail.com pada atau sebelum 20 FEBRUARI 2016.

6. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk kecemerlangan DRAFTERMAL ASSOCIATION. Kerjasama serta keprihatinan YB Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan hadir ke mesyuarat tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………
Abd Jalil Bin Abd Wahab
Setiausaha
DRAFTERMAL ASSOCIATION
“Dari Garisan Menjadi Warisan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *